Thursday, August 25, 2011

KISAH SANG MANUSIA

Manusia memang tidak pernah puas
Hey manusia!
Apa kau ingat bumi ini kau yang punya?
Apa kau ingat gunung itu kau yang bina?
Apa kau ingat langit itu kau yang warna?
Sama sekali tidak!
Wahai makhluk yang bernama manusia
Ingatlah yang lautan itu dicipta oleh yang Maha Mencipta
Bulan-bulan itu dikawal oleh yang Maha Berkuasa
Dan semesta ini dimiliki hanya oleh yang Maha Memiliki
Jangan sesekali kau lupa
Jangan sesekali kau alpa
Dengan hiburan dunia
Ingatlah, tiada yang lain selain Dia
Dan hanya padaNya kau dan aku bersujud

SEGUMPAL DARAH YANG BERNAMA.........

hati itu dahulu kosong
apa yang disangka kegembiraan
hanyalah fantasi semata
pabila dia hilang sebentar
pabila nikmat itu ditarik buat sementara
hati itu menjadi sunyi,sepi
hari-hari yang dilalui seterusnya
bagai air yang menjirus daunan menghijau
bagai mengukir di atas sang batu
tidak meninggalkan sebarang kesan
keseorangan dan kebingungan
kebingungan memikirkan mengapa hati itu masih sunyi
walau di sekelilingnya penuh dengan hati-hati yang tenang dan gembira
akhirnya hati itu terjumpa akan suatu sinar
bersinar-sinar menerangi kegelapan yang hitam pekat
tenang,sejuk rasanya
sejuk bagaikan air batu mengalir dirasai
pabila ayat-ayat suci itu dialunkan
melepasi gegendang telinga lalu terus menyentuh hati tadi
yang dahulunya kosong dan sepi
mungkin juga hitam warnanya
kini telah terisi

Wednesday, August 3, 2011

scribbling

salam ramadhan.. waah,sekejap ja da sampai bulan ramadhan.aku rasa cam baru ja puasa kt uia last year.serious rasa sangat baru!!! taon lepas memang absolutely dkt 1 month gak r berpuasa di bumi uia,with all my friends. engat g,nak balik raya last year,balik ngan cik qatrun la xsalah,tinggal ijah ngn kyrah kt bilik..bilik a28. hum,tiba2 tingat pulak kt pah,my exroomate. serious best sebilik ngn dia,sempoi aaaa...nak tergelak gak bila teringatkan aku teman dia kul 2-3 pg p toilet,padahal toilet depan bilik ja pon.aku pon kunun time tu org paling berani la kunun..hehehehe. lawak tp tu la kenangan orang kata..


Puasa taon ni rasa ada kelainan sikit. kelainan yg best. yg 1st sure2 r best sebab taon ni satu bulan (tolak la bpa hari sbb abc) dapat posa kt umah! best satu sebab bangun sahur ada mak abah kejut ,sahur pon memang aku laju ja makan,aku rasa aku makan palingg banyak nak dibanding adik lelaki aku..hoho. kesian kat dia,petang2 dlm pukul 6 tu dia turun r dok bawah (sebab besanya dia dok atas,bt kerja sekolah,budak rajin tuh nak dibanding aku zaman sekolah dolu2.heh) pastu gosok2 perut dia yg sekeping tuh.lapaq la tu...kesian.. xpa ngah,perut penuh slalu pon xelok... huhu

 bukak posa! sgt gembira jika dibanding xposa kt rumah. walaupun mak masak simple ja,tp sgt menggembirakan! tu la org kata,penangan air tangan ibu kan..hehe. pastu tarawih.setakat ni xtinggal lagi la,dah belum dapat cuti,alhamdulillah...

 and tiba2 aku risau pasal berat badan aku,huhu,tah2 lg 2 minggu dah jadi bawah 40.xpa,bak kata sorang ustaz tu,kita sure2 buat jamak takhir punya lepas habis posa nanti.hehe.and im looking forward for it!!

 p.s jamak takhir kat sini means makan xhingat time raya. ya la,p satu rumah dia jamu laksa. pastu satgi rumah kedua nasi impit. rumah ketiga ketupat ngan rendang. rumah keempat?? tapi kena beringat gak r.. (^^)